19 January 2011

a story to tell- AL MISK

Ada seorang pemuda di bumi Syam ketika itu, kacak, warak dan juga merupakan seorang penjual kain. Beliau digilai oleh wanita di kawasan tersebut. Sudahlah wajahnya mempersona, peramah pula. Ini kurniaan Allah kepadanya.


Suatu hari, seorang wanita dari golongan bangsawan memanggil pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya. Alasan yang diberi adalah nak beli barang jualan beliau. Walhal beliau tergila2kan ketampanannya. Tanpa mengetahui niat sebenar wanita ini, pemuda ini menuruti shj.

Pada saat itu, tiada sesiapa pun di dalam rumah ini melainkan mereka berdua. Dan sudah pasti orang yang ketiga adalah SYAITAN. Lalu wanita ini menggoda : "Duhai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu bukan utk membeli barang daganganmu, tapi semata2 kerana aku sgt mencintaimu. Selama ini aku tergila2kan ketampananmu."

Kemudian, wanita berkenaan mengajaknya berzina. Lantas pemuda berkenaan mengingatkan beliau akan azab seksa kepada perilaku zina. Namun, usaha itu sia2. Wanita berkenaan nekad. Setiap perkataan yang diucapkan oleh pemuda berkenaan bukan menyebabkannya insaf, tetapi semakin menaikkan nafsu berahi kepada pemuda tersebut. Adeh..

Pemuda tersebut cuba menolak dengan baik. Namun wanita tersebut mengancam dgn berkata jika pemuda tersebut tdk menuruti apa yg beliau perintahkan, beliau akan menjerit sekuat2nya dan mengatakan pemuda berkenaan ingin memperkosanya. Beliau juga menyatakan, beliau org berpengaruh di kalangan masy, sudah pasti mrk semua akan mempercayainya.

Dengan izin Allah, pemuda berkenaan mendapat ilham. Lantas beliau berkata kpd wanita berkenaan :"Baiklah. Tetapi sebelum itu, izinkan aku ke bilik air bagi membersihakn diri dahulu. Maklumlah tubuhku dibasahi dengan peluh." Wanita berkenaan semakin gembira. "Ooo, sudah tentu sayangku. Silakanlah. Aku menantimu."

Pemuda tersebut terus ke bilik air. Memikirkan musibah yg sedang melandanya. Antara golongan yang mdpt naungan pd hari tidak ada naungan di ahri kiamat adalah sorg pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia berkata :"Sungguh aku takut pada Allah!" Nak lompat dr tingkap, tingkap terkunci kuat pulak.

Akhirnya, ilham datang tanpa disangka. Beliau nekad. Beliau berasakan perlu melumurkan badannya dengan kotoran. Kemudian, beliau berak dan melumuri keseluruhan anggota badannya dengan kotoran beraknya. Seluruh rambut, dada, tangan, dan semuanya. Ia juga merasa jijik. Bahkan ia mual dan termuntah. Sambil menangis, beliau berkata :"Ya Allah, Ya Rabbi, kerana takutnya padaMulah aku melakukan perkara ini! Maka gantikalah untukku yang lebih baik."

Ia keluar dari bilik mandi. Bila wanita tersebut melihatnya, alangkah terkejutnya beliau. Ia merasa jijik lantas menjerit dan berteriak dengan keras :"Keluarlah wahai SI GILA! Dasar pemuda gila, keluar kau, jangan mengotori rumahku."

Pemuda tersebut keluar dan berpura2 bertingkah laku spt orang gila. Sambil itu juga, beliau memerhatikan keadaan sekeliling, takut2 ada yang melihat dan akan memfitnahnya, maklumlah beliau seorang jurujual. Ada juga yang melihat dan menyertawakannya, namun beliau tidak peduli dan terus menuju ke rumah. Buka pakaian, masuk ke bilik air dan mandi.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaanNya dengan memperkenankan doa pemuda tersebut. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh tubuh pemuda berkenaan. Bau itu dapat dicium walau jarak beberapa meter. Akhirnya, beliau dikenali sbg "Al-Misk" atau Orang Yang Seharum Kasturi.

Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah SWT. Kisah nyata ini masih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertuliskan "Al-Misk". Itulah kubur pemuda tersebut yang memelihara dan menjaga kesuciannya.



hebat kan?
kite aku tengok tahi pon dah geli
:(
assalamualaikum
peace out!

3 comments:

Anonymous said...

thumbs up!

indigenous girl said...

TQ.
esk mcD on me ok?
:p

Anonymous said...

ELEHHHH
duduk pon jaoh-jaoh
mcD KONON
tipu la tuuu..

sile ambil no anda..
terima kasih :)

click for hit counter html code
free web hit counters